Menjadi Kaya Dalam Perusahaan Bermula Dengan Hanya Mahu Menolong Orang

0
149
views
Image credit gradyreese – Getty Images

 

Perusaha yang fokus dalam membantu orang, tidak pernah risau jika tidak mempunyai pelanggan

 

Kamu mahu kereta yang bagus. Kamu mahu rumah yang mewah, dan duit yang melimpah ruah supaya kamu dapat memperoleh apa sahaja yang kamu mahukan-Saya faham. Tetapi perkara-perkara tersebut tidak akan menjadikan kamu seorang yang berjaya. Jim Carey pernah berkata:

Saya rasa semua orang perlu jadi kaya dan terkenal, kemudian buat apa sahaja yang mereka impikan, jadi mereka dapat melihat bahawa semua itu bukanlah jawapannya. Ia merupakan apa yang kamu berikan yang dikira.

Bagaimana saya mula memberi?

Pada umur 24 tahun, selepas hampir separuh daripada hidup saya hanya mencuri dan merompak, ada satu kata-kata daripada Zig Ziglar telah menyentapkan saya, “kamu akan dapat apa sahaja yang kamu mahukan dalam hidup jika kamu hanya menolong orang untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.”

Ia memberi kesedaran yang masuk akal. Tetapi apa yang saya perlu berikan? Saya telah dibuang sekolah, ditolak daripada pasukan tentera dan untuk melengkapkan lagi kegagalan saya, saya telah menarik diri daripada kolej. Bagaimana mungkin untuk saya menolong?

Ia menjadi lebih baik daripada apa yang saya mampu bayangkan

Memandangkan semua hubungan saya telah gagal, saya merasakan saya patut memberi sesuatu, sekurang-kurangnya nasihat tentang perkara yang tidak harus dilakukan. Dengan mengikut nasihat Zig, saya mula menulis untuk membantu orang mengelakkan keperitan yang telah saya alami sebelum ini dalam percintaan dan ia telah memberikan saya satu tujuan.

Dengan tujuan tersebut telah membuatkan kisah saya tersebar.

Bilangan para pembaca agak sedikit pada awalnya, tetapi saya telah mendapat respon yang positif. Satu pasangan ada menghantar email kepada saya dan mengatakan mereka perlu mendengar apa yang telah saya tuliskan. Tiada apa yang perlu dibanggakan daripada respon itu, tetapi komen seperti itulah yang merupakan batu loncatan kepada permulaan sikap saya untuk memberi. Saya rasa teramat puas dan lebih terinspirasi untuk menulis dengan lebih baik, jadi saya mampu menolong lebih ramai orang.

Tetapi dalam usaha untuk memperbaiki, saya perlu membuang tabiat yang menghalang saya daripada memberi.

Apa yang saya korbankan untuk memastikan saya dapat memberi lebih lagi?

Porno merupakan perkara pertama saya korbankan. Ia tidak menginspirasikan saya untuk berfikir luar kemampuan diri saya, atau menjadikan diri lebih baik daripada yang sebelumnya, ia hanya sekadar kita menerima tetapi tidak memberi. Saya sedar porno merupakan faktor yang terbesar yang menyebabkan saya masih tinggal di rumah 24 jam. Ia membuat saya sentiasa berada di rumah sehingga bertambah kemalasan saya dan menjadikan pemikiran negatif.

Jadi saya buang sikap pentingkan diri itu.

Secara tiba tiba, saya mempunyai lebih masa dan tenaga untuk menulis. Saya buang tabiat itu daripada hidup saya dan mulakan satu anjakan positif.

Saya mendapat respon yang positif daripada orang yang mengikuti penulisan saya, yang menjadikan saya lebih tersebar luas dalam ruang yang lebih besar, di mana telah memberi peluang kepada saya untuk membuat duit dengan menulis, juga memberi motivasi untuk lebih berkeyakinan untuk mengambil risiko yang lebih besar, di mana telah menempatkan saya dalam penerbitan yang lebih besar. Itu membuatkan saya lebih menolong ramai orang, menambahkan pendapatan saya, peluang saya, keyakinan saya, nilai saya dan kebahagiaan saya.

Apa yang saya dapat dengan memberi?

Memandangkan sikap memberi telah menjadi sebahagian daripada cara hidup saya, saya mendapatkan kesemua nilai yang saya perlukan untuk berjaya; disiplin, berkeyakinan, komitmen, kesabaran, bertanggungjawab, kejujuran, ketahanan, fokus dan ketabahan.

Saya masih lagi tinggal dengan ibubapa saya ketika saya bermula dalam bidang ini, tetapi saya sudah mampu untuk membuat simpanan duit yang cukup dalam empat bulan untuk pindah ke rumah sendiri. Apabila saya membuat lonjakan tersebut, saya dapat kembali keyakinan untuk membangunkan diri saya. Saya tahu saya tidak akan gagal kerana saya telah memberi apa yang saya ada untuk menjadikan kehidupan orang lain lebih baik.

Ia bukanlah jalan yang mudah

Saya ingat pada suatu ketika saya sedang memandang tepat pada semangkuk nasi putih dan pernah berfikir, “saya tidak mampu lakukan ini!”. Tetapi menulis untuk orang lain adalah segalanya yang saya mahukan. Ia adalah merupakan satu-satunya perkara yang membuatkan saya puas. Jadi saya menelan rasa lapar dan berusaha memaksa diri. Apabila sampai waktunya untuk bayar sewa, saya sentiasa ada wang untuk membayarnya.

Setelah saya pecahkan tembok dalam diri saya dan bersungguh-sungguh untuk berjaya, cerita saya menjadi berpengaruh dan lebih bernilai. Saya pernah menulis dalam keadaan perut kosong banyak kali lebih daripada yang saya pernah kira, tetapi jiwa saya kekenyangan. Saya telah memberi apa sahaja yang saya ada untuk membantu orang-orang seperti saya. Saya tahu saya mampu lakukannya.

Setelah enam bulan kemudian, akhirnya saya berjaya atasi kesukaran tersebut. Saya dapat tersiar dalam Entrepreneur.com yang membuatkan para pembaca lebih luas dan lebih ramai orang untuk ditolong. Saya beri segala-gala yang saya ada untuk mereka dan telah menulis artikel yang paling bagus tentang kehidupan saya. Artikel saya sentiasa mendapat perhatian umum.

Syarikat-syarikat antarabangsa melihat apa yang saya perlu berikan dan mereka sukakannya. Saya mendapat kerja-kerja yang dibayar banyak dalam satu hari, sama jumlahnya seperti yang saya selalu dapat dalam dua minggu. Apabila orang nampak kejayaan saya, mereka melantik saya sebagai pelatih.

Selepas setahun menulis untuk Millennials, saya membuat keputusan untuk menjadikan pemberian saya ke tahap seterusnya yang lebih tinggi. Saya membuat satu laman web di mana saya mampu berkongsi nasihat yang lebih bertaraf dunia untuk berjaya dalam bisnes, kehidupan dan cinta. Sikap memberi telah mendapatkan segala yang saya suka, kerjaya saya, kebahagiaan saya dan matlamat saya.

Bagaimana kamu boleh memberi lebih lagi?

Jika kamu mahu mencapai tahap seterusnya untuk berjaya, walaupun kamu berada dalam syarikat korporat yang tetap atau tinggal dengan ibubapa kamu, fikir apa yang kamu mampu berikan.

Apakah bakat, pengalaman dan semangat yang kamu ada untuk menjadikan kehidupan orang lain lebih baik? Apa yang menghalang kamu daripada berkongsi perkara-perkara tersebut? Apa yang membuatkan kamu putus asa untuk memberi lebih?

Saya telah menemukan jawapan bagi soalan-soalan tersebut dengan rutin harian berikut:

Mula menulis jurnal

Saya sangat mengesyorkannya. Menulis setiap perkara dengan terperinci tentang kehidupan kamu membantu kamu untuk meneroka apa yang bernilai dan apa yang tidak. Jadi kenali diri anda dengan hanya menulis jurnal 15 minit setiap malam.

Pengetahuan tentang diri ialah pintu gerbang kepada sikap memberi.

Lupakan tentang perhubungan

Fokus terhadap diri sendiri, terhadap memberi diri anda segalanya yang diperlukan agar anda dapat memberi tanpa mementingkan diri sendiri. Jalinkan semula hubungan apabila anda sudah kaya dengan orang-orang yang sudah anda tolong. Jika kamu mampu untuk mencintai seseorang, cintailah dengan seadanya, bukan dengan ketidakyakinan yang kamu cuba untuk penuhi.

Rancang hari anda

Tidak kira seberapa bagus niat anda, ia tidak akan menjadi sempurna sekiranya ia tidak dirancang dengan betul. Jadi rancang segala-galanya. Rancang pembelajaran anda. Rancang pekerjaan anda. Rancang senaman anda. Rancang segalanya yang kamu mahu lakukan, dan tetapkan tujuan untuk mengelakkan pembaziran masa seperti menonton TV dan media sosial. Berfikirlah tentang apa yang kamu akan lakukan esok, setiap malam sebelum kamu tidur.

Artikel oleh: Dan Dowling, Pengasas MillennialSuccess.io
Terjemahan oleh: Maziah Ghuraba
www.entrepreneur.com

Previous articleSimon Sinek: Why Leadership is Better ‘Together’
I want to be bold like gold as the strength won't easily let me bend. So I will keep on riding, bear the healing, sustain the balancing to keep moving.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here